top of page

Maju Holdings sediakan tiga pusat saringan pandu lalu

28 Mar 2022

Konglomerat tempatan, Maju Holdings Sdn Bhd, menerusi Maju Healthcare Sdn Bhd, mengembangkan penerokaan dalam segmen penjagaan kesihatan, khususnya apabila pintu sempadan antarabangsa dibuka sepenuhnya mulai 1 April ini dengan kemudahan Pusat Saringan dan Ujian Pandu Lalu (DTC) COVID-19 yang dimiliki kumpulan berkenaan. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Aminudin Hashim, berkata bagi memudahkan urusan saringan dan ujian COVID-19, Maju Healthcare menawarkan tiga fasiliti dengan dua daripadanya adalah DTC untuk menampung perkhidmatan yang diperlukan pelancong termasuk penduduk tempatan. "Kami menawarkan dua DTC iaitu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Seri Kembangan Lebuh Raya Maju (MEX) arah selatan, tempat parkir Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri II yang berhadapan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala kemudahan saringan berpusat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) . "Ketiga-tiga fasiliti ini sudah beroperasi ketika ini dan dengan pembukaan sempadan antarabangsa kelak, kami dapat memberi kemudahan kepada pelancong asing dan penduduk tempatan," katanya kepada BH. Kemudahan ujian saringan COVID-19 di Kompleks Darul QiyyamSimulasi kedatangan pelancong antarabangsa di KKIAAwas kit ujian kendiri COVID-19 tak lulus KKMGelembung pelancongan Langkawi dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka. Kemudahan pusat saringan COVID-19 DTC di MEX beroperasi sejak 1 Oktober tahun lalu, sebelum kemudahan sama ditawarkan di Langkawi pada 15 November 2021. Fasiliti di LTSAAS pula disediakan Januari lalu dengan pembinaan makmal ujian yang dikhaskan untuk operasi terminal perniagaan, selain Maju Healthcare merancang untuk meluaskan perkhidmatan di lapangan terbang terbabit untuk ketibaan pelancong asing. Aminudin berkata, kewujudan pusat saringan dan DTC COVID-19 dilihat masih relevan walaupun negara menuju fasa peralihan ke endemik dengan sempadan antarabangsa bakal dibuka tidak lama lagi. "Dengan kadar jangkitan harian melebihi 20,000 kes sehari dalam Malaysia dan penemuan varian baharu seperti yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan China di mana pembukaan sempadan akan meningkatkan risiko penyebaran, saringan berkala terutama RTK Antigen (professional) dan RT-PCR akan masih diperlukan," katanya. Beliau berkata, keputusan saringan masih diterima pakai di seluruh dunia dan keperluan persijilan yang diperoleh daripada ujian berkenaan dapat melancarkan urusan keluar masuk di sempadan negara. "Kami bekerjasama dengan Global Doctors dan Gribbles, dua entiti yang memiliki kepakaran dan keupayaan yang diiktiraf pada peringkat global," katanya. Beliau menjelaskan, pusat saringan dan DTC yang ditawarkan Maju Holdings ternyata memudahkan, apabila pelanggan hanya perlu membuat tempahan dalam talian sebelum hadir di lokasi mengikut janji temu ditetapkan. "Pelanggan boleh hadir secara 'walk-in' juga di lokasi berkenaan, tetapi kami syorkan untuk membuat tempahan dalam talian bagi mengurangkan pergerakan dan kontak di kemudahan berkenaan," katanya. Ketika ini, DTC milik Maju Holdings mengenakan caj berpatutan untuk ujian saringan COVID-19.Bagi memperoleh keputusan dalam masa 12 hingga 24 jam, caj RM158 dikenakan untuk ujian PCR, manakala ujian RTK Antigen dengan keputusan dalam tempoh sejam pula adalah RM60. Tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.gettestfast.com atau hubungi/WhatsApp di 011-5430 8009. Aminudin menjelaskan, Maju Holdings turut menawarkan perkhidmatan ujian di lokasi pelanggan, sama ada di kediaman atau tempat penginapan lain bagi meningkatkan lagi kemudahan."Kami menjadikan semuanya lebih mudah," katanya. https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/03/939387/maju-holdings-sediakan-tiga-pusat-saringan-pandu-lalu





bottom of page