|
**Click image to enlarge clipping
KUALA TERENGGANU - Banyak pihak memberikan pandangan positif terhadap usaha kerajaan negeri meneroka sumber ekonomi yang bagai telah lenyap bersama sejarah sebelum ini, iaitu perlombongan biji besi.
Industri yang pada masa silam menjadi nadi kepada ekonomi negeri ini dan pergantungan besar beribu rakyat telah ditutup lebih empat dekad lalu atas alasan bahan itu sudah hampir habis dikaut.
Kerajaan negeri yakin menghidupkan semula industri perlombongan di Bukit Besi,Dungun, 77 kilometer dari Bandar raya ini, melalui pendekatan baru akan member impak yang lebih besar kepada negeri dan rakyat.
Berdasarkan kajian awal, pembukaan semula lombong dan diikuti kilang memproses keluli akan mendatangkan pendapatan tambahan agak besar kepada negeri untuk hamper dua dekad.
Ia dapat mengurangkan pergantungan kepada sumber hasil minyak dan pada masa yang sama dapat menjana pertumbuhan ekonomi setempat di samping mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
Dengan keputusan Perwaja Holding Bhd. Untuk membina kilang pemekatan dan pempeletan bijih besinya sendiri di Teluk Kalong, Kemaman, dengan pelaburan RM400 juta dijangka akan menjadi katalis mencergaskan semula industry keluli tempatan.
Menurut Penganalisis Kanan MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin, antara manfaat untuk industry itu ialah mengurangkan pergantunggan ke atas import pellet bijih besi.
Perwaja yang merupakan antara pengeluar terbesar produk keluli utama Negara seperti bilet, membekalkan produknya secara terus kepada pengeluaran hiliran dalam pasaran tempatan dan luar Negara, termasuk Timur Tengah.
OSK Research pula dalam laporannya berkata, jika Perwaja mempeoleh lessen perlombongan, ia boleh menjimatkan kos lebih daripa USD$160 setan berbanding kos perlombongan tempatan yang mungkin kurang daripada USD$50 setan.
Juateru Perwaja sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri untuk melombong bijih di Bukit Besi, kira-kira 80 kilimeter dari kilang yang dicadang itu.
Keperluan kapasiti Penuh Perwaja sebanyak empat juta tan bijih besi mentah setahun untuk kilang itu dan permohonan itu masih dalam pertimbangan kerajaan negeri.
Kawasan yang telah dikenali pasti Bukit Besi membabitkan perlombongan ialah seluas 97,124 hektar dan kerja pengukuran kawasan telah diserahkan kepada juruukur berlesen.
Mengikut kajian yang dilakukan pada 1921, terdapat kira-kira 100 juta tan metrik logam di kawan itu (Bukit Besi) dan selepas kerja melombong oleh sebuah Syarikat British, sehingga 1971, masih terdapat kira-kira 50 juta tan metrik di kawasan berkenaan.
Keyakinan kerajaan negeri terhadap pembangunan semula industri itu tidak bergantung kepada logam yang dikesan di Bukit Besi sahaja kerana terdapat beberapa kawasan lain seperti di daerah kemaman yang dipercayai menyimpan kira-kira 25 juta tan metrik bijih besi.
Perasmian upacara pecah tanah loji pemekatan Perwaja yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini dilihat sebagai menandakan bahawa kerajaan negeri sudah memulakan langkah kearah menjadi Bukit Besi dan Teluk Kalong sebagai kawasan kembar bagi industri melombong san prosses bahan berkenaan.
Loji berkenaan yang mampu mengeluarkan sebanyak 1.2 juta tan metrik besi pellet bagi fasa pertama tahun depan dan 2.4 juta tan metrik bagi fasa kedua pada 2013.Loji ini yang pertama di Asia Tenggara, dijangka siap pada Ogos atau September tahun depan mampu menyediakan peluang pekerjaan sehingga 3,000 orang.
Pengerusi Eksekutif Perwaja, Tan Sri Abu Sahid Mohamed Menjelaskan, Perwaja turut meneroka dan idea baru bagi membaiki pengeluaran dan menurunkan kos operasi bagi membolehkan produk syarikat terbabit bersaing di arena antarabangsa.
Kerana itu pihaknya berusaha menghasilkan bijih besidalam bentuk pelet memandangkan harga bahan mentah itu meningkat setiap tahun.Bekalan bahan mentah di seluruh dunua dikawal oleh sebilangan pembekal besar sahaja.
Dengan kedudukan ini, harga bijih besi yang ditetapkan oleh pembekal besar ini sangat tidak menggalakkan operator seperti Perwaja.
Menteri Besar mengumumkan , selain Perwaja, terdapat beberapa syarikat lain memohon untun menjalankan kerja melombong di Bukit Besi, tetapi sehingga ini kerajaan masin belum membuat sebarang keputusan.
Namun pada dasar dan prinsipnya, kerajaan negeri telah bersetuju menimbang untuk bekerjasama bersama Perwaja bagi kerja mengeluarkan bijih besi itu disebahagian kawasan Bukit Besi.
Bagaimanapun katanya, ada beberapa syarikat lain yang juga akan diberikan peluang kerana kerajaan mahu membuat lebih baik daripada yang lain.
|